Tuesday, September 27, 2011

RUMAH TEKNOLOGI HIJAU

(LALUAN ANGIN & CERAPAN CAHAYA)

Objektif

· Mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi.

· Teknologi hijau memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan dating.

· Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan meluas teknologi hijau.

· Teknologi hijau juga mampu mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan fenomena perubahan cuaca dunia.

Kesan Kepada Masyarakat

Dasar Teknologi Hijau adalah berasaskan kepada 4 tonggak.

· Tenaga — Teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.

· Alam sekitar— Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara.

· Ekonomi — Teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi Negara.

· Sosial — Kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.


Fokus Kriteria

Rumah Teknologi Hijau

(Laluan Angin & Cerapan Cahaya)

Matlamat utama pembinaan model rumah ini adalah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Di mana strukturnya di bina khas berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

1) Bahagian ruang bawah rumah yang luas.

2) Tingkap rumah berbentuk corak kipas

3) Bumbung yang memiliki ruang pelepasan perudaraan.

4) Penggunaan bentuk separa-bulatan sebagai inovasi terhadap tiang kaki rumah. Bentuk separa bulatan ini di yakini lebih stabil dan tegap menanggung berat beban.

Kriteria Teknologi Hijau

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

• Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
• Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
• Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
• Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
• Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam

sekitar.

Sunday, September 18, 2011

Forgiving

Then Peter came to Jesus and asked, “Lord, how many times shall I forgive my brother or sister who sins against me? Up to seven times?”

Jesus answered, “I tell you, not seven times, but seventy-seven times." (Matthew 18:21-22)

Friday, August 12, 2011

Program Senamrobik 2011 SK USJ 12


Program Senamrobik 2011 yang turut melibatkan pelatih “Internship” ini merupakan satu program yang memang memberikan saya pengalaman baru dengan usaha bersama- sama demi satu matlamat yang melibatkan semua golongan/warga sekolah dan PIBG iaitu untuk menjayakan program Senamrobik 2011.


Saya juga berasa sangat gembira ketika menjalankan aktiviti ini kerana semua ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru dan ibu bapa telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik dan sempurna. Setiap ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang sangat tinggi dan berdedikasi dalam peranan yang dimainkan masing-masing. Ini menunjukkan semangat yang tinggi memastikan program berjalan dengan lancar dari awal hinggalah ke akhir mengikut rancangan untuk mencapai objektif program iaitu sasaran RM 100,000.00

a. Program Senamrobik turut melibatkan agensi luar bersama dengan pihak korporat dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pameran-pameran tertentu yang menerangkan serba sedikit mengenali profesion masing-masing. Ini bukan sahaja telah mencorak kepelbagaian aktiviti dalam program, malah ia merupakan satu pendedahan baru kepada murid-murid sekolah dan ibu bapa untuk lebih terdedah kepada maklumat- malumat yang dipamerkan mengikut kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Akhir kata, Program Senamrobik 2011 peringkat sekolah boleh membantu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia ada antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta memupuk semangat permuafakatan di antara pihak sekolah dan ibu bapa murid demi meningkatkan keperluan infrastruktur dan prasarana sekolah supaya lebih sempurna, selesa dan ceria.

Mengendalikan Perhimpunan Rasmi

= Aktiviti Projek Internship =

Kami berasa sangat gembira ketika menjalankan projek ini kerana semua guru SK USJ 12 memberikan tunjuk ajar dan kerjasama dengan sepenuhnya sehingga acara perhimpunan dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Ketika menjalankan tugas juga semua guru bertugas pada minggu tersebut telah memainkan peranan masing-masing dalam memberikan penjelasan tentang skop tugasan yang dijalankan dengan jelas kepada kami, guru pelatih yang melakukan internship.

Selain itu Perhimpunan rasmi ini telah menjadikan kami, para guru pelatih, bertanggungjawab dan berkomitmen tinggi di dalam melaksanakan sebarang tugas. Dengan komitmen yang diberi akan menjayakan sesuatu yang sangat bernilai jika ia dilakukan dengan baik dan berkesan tetapi jika sebaliknya akan menghasilkan kerja yang kurang berkualiti dan tidak mantap.

Oleh yang demikian kami, guru-guru pelatih, haruslah sentiasa mengambil inisiatif yang tinggi di dalam pelaksanaan sesuatu tugas supaya berkesan dan mencapai matlamat yang dirancang. Kami berharap apa yang telah ditimba kini dapatlah kami gunakan dimasa akan dating ketika kami menjalani kehidupan yang sebenar sebagai seorang pendidik dan penggerak masyarakat.

Thursday, August 11, 2011

How appreciation education works~~

Article bellow was adapted from Helping Students Motivate Themselves: Practical Answers to Classroom Challenges by Larry Ferlazzo, available August 11 from Eye on Education.

Praise Effort and Specific Actions
If we only praise students in general—"You’re very smart"—many will then try to avoid taking risks and stretching themselves. They will focus more on maintaining their image and believe that they will embarrass themselves by making mistakes. Praising effort— "You worked really hard today"—or praising specific actions—"Your topic sentence communicates the main idea"—can make students feel that they are more in control of their success, and that their doing well is less dependent on their "natural intelligence."

Build Relationships
Teachers build relationships with their students by showing that they care about them, and by learning about their lives, dreams, and challenges. This is a key element of helping students motivate themselves. Numerous studies have shown that caring relationships with teachers can help build resiliency (the capacity to persevere and overcome challenges) among children. By learning about student interests, teachers can also help connect what is being taught in the classroom to students’ lives and discover their short-and-long-term goals.

Use Cooperative Learning
Teaching engaging lessons is a "baseline reward" expectation of students. Boring lessons will not assist students to develop their intrinsic motivation to learn. That does not mean, however, that teachers have to put on costumes and become entertainers. It can, however, suggest that teachers consider keeping lecturing to a minimum and, instead, use many of the teaching strategies that have been found to be more effective for student learning. Many of these methods include some sort of cooperative learning. These can be as basic as "think-pair-share" to as ambitious as problem-based learning or project-based learning.

Show Students the Economic and Health Advantages of Doing Well in School
Multiple studies have shown a wide income disparity based on educational attainment. For example, according to the U.S. Census Bureau, adults with advanced degrees earn four times the salary of those with less than a high school degree. There are similar differences between the likely length someone will be unemployed, one’s overall health, and even how long people will live. Research demonstrates that just showing students this kind of information can result in students being more motivated to learn.

Creating Opportunities for Students to Help Make Decisions
People are more motivated and confident when they feel they have more control over their environment. Inviting students to have a voice in classroom decisions—where they sit, what day a test takes place, in what order units are studied, or even where a plant should be placed in the classroom—can help them develop that greater sense of control.
Years ago, a volunteer leader in one of our community groups was comparing two organizers with whom she had worked. She learned a lot of information from Ralph, she said. "But Johnny taught me how to think."Perhaps if we're able to keep some of these concepts in mind, our students will describe us more like Johnny than like Ralph. And perhaps they'll say we also helped them light their own fires.

Kepentingan membina hubungan guru dan murid

Hubungan guru dan murid perlu dibina kerana mempunyai kepentingan tertentu seperti:
  1. Menjalinkan hubungan mesra
  2. Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  3. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan
  4. Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah
  5. Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka
  6. Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P
  7. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect
  8. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang mernarik

Disiplin asertif

Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid

  1. Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah
  2. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah
  3. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan
  4. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan
  5. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah

Memahirkan diri dengan teknik asertif:

  1. Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta
  2. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai
  3. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru
  4. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan
  5. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk