Friday, August 12, 2011

Mengendalikan Perhimpunan Rasmi

= Aktiviti Projek Internship =

Kami berasa sangat gembira ketika menjalankan projek ini kerana semua guru SK USJ 12 memberikan tunjuk ajar dan kerjasama dengan sepenuhnya sehingga acara perhimpunan dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Ketika menjalankan tugas juga semua guru bertugas pada minggu tersebut telah memainkan peranan masing-masing dalam memberikan penjelasan tentang skop tugasan yang dijalankan dengan jelas kepada kami, guru pelatih yang melakukan internship.

Selain itu Perhimpunan rasmi ini telah menjadikan kami, para guru pelatih, bertanggungjawab dan berkomitmen tinggi di dalam melaksanakan sebarang tugas. Dengan komitmen yang diberi akan menjayakan sesuatu yang sangat bernilai jika ia dilakukan dengan baik dan berkesan tetapi jika sebaliknya akan menghasilkan kerja yang kurang berkualiti dan tidak mantap.

Oleh yang demikian kami, guru-guru pelatih, haruslah sentiasa mengambil inisiatif yang tinggi di dalam pelaksanaan sesuatu tugas supaya berkesan dan mencapai matlamat yang dirancang. Kami berharap apa yang telah ditimba kini dapatlah kami gunakan dimasa akan dating ketika kami menjalani kehidupan yang sebenar sebagai seorang pendidik dan penggerak masyarakat.

No comments:

Post a Comment