Program Senamrobik 2011 yang turut melibatkan pelatih “Internship” ini merupakan satu program yang memang memberikan saya pengalaman baru dengan usaha bersama- sama demi satu matlamat yang melibatkan semua golongan/warga sekolah dan PIBG iaitu untuk menjayakan program Senamrobik 2011.
Saya juga berasa sangat gembira ketika menjalankan aktiviti ini kerana semua ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru dan ibu bapa telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik dan sempurna. Setiap ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang sangat tinggi dan berdedikasi dalam peranan yang dimainkan masing-masing. Ini menunjukkan semangat yang tinggi memastikan program berjalan dengan lancar dari awal hinggalah ke akhir mengikut rancangan untuk mencapai objektif program iaitu sasaran RM 100,000.00
a. Program Senamrobik turut melibatkan agensi luar bersama dengan pihak korporat dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pameran-pameran tertentu yang menerangkan serba sedikit mengenali profesion masing-masing. Ini bukan sahaja telah mencorak kepelbagaian aktiviti dalam program, malah ia merupakan satu pendedahan baru kepada murid-murid sekolah dan ibu bapa untuk lebih terdedah kepada maklumat- malumat yang dipamerkan mengikut kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.





